Turnera Villa
[All about Jamil, Norzi Hashida and Ammar Danish]
Sunday, May 5, 2013
Tak Sabarnya Nak Masuk Rumah Baru
Tinjauan aku rumah dan jalan sudah siap sepenuhnya, cuma mungkin masih menunggu CF kot. Apapun InsyAllah beraya dengan rumah baru. Hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, January 3, 2013
Trip Gila Bukit Fraser dan Cameron Highland 1-4 Jan 2012
2013 aku mulakan dengan trip gila jalan aku, norzi n Ammar. Mana taknya orang lain sibuk banjir kat kelantan, hujan sana sini, kami slamber je gerak dari Kota Bharu lebey kurang jam 9 pagi menghala ke Bukit Fraser. 1stime aku drive ke bukit peranginan yang boley aku bagi gambaran awal sebagai bosan jika melebihi 1 hari kat sana. kami ke sana 2 hari. tinggal di Rumah Peranginan Persekutuan.
Bukan apa, sebelum ni baca kat blog orang lain yang pernah gi jer... Taknah gi sendiri. lihat sendiri. nah aku hidang gambar ni... serius bosan Bukit Fraser, tapi kalu gi ramai-ramai dan padat aktiviti seperti kayuh mtb ke.. layan trail dalam hutan ke.. ushar2 burung ke.. bestlaa...
Perjalanan melalui bukit dengan koner baring ala bukit balik pulau, pulau pinang ni membuatkan mama bermandikan muntah ammar. Sampai je kat rumah peranginan mama ammar pun muntah sekali. memang mencabarla bagi yang tak biasa dengan koner2 nih...
update seterusnya Bukit Fraser ke Cameron Highland. nantikannya..
Saturday, November 17, 2012
MyTurnera Progress 14 November 2012
Wednesday, September 12, 2012
Percutian ke Kundasang, Sabah 6 - 8 Sept 2012
kereta yang kami sewa |
Tuesday, September 4, 2012
Singgah Sebentar i-city
dah alang-alang sampai shah alam rasanya tak lengkap kalu tak singgah i-city. kena rm10 je utk parking.. blela jamu mata ngan lampu. dulu dah mai sekali masa baru buka.. tapi aku nu jenis manusia tak suka jem n org ramai so cancel. nih kali ke2 pi baru la senang msk. org tak ramai..mudah parking.
Mini ker Alza?
Dek kerana nk rotate tyre jer aku tukar terus rim. haha... geram dah lama ushar myvi pakai kasut sukan mini ni. Alza pun rasanya dah ada yg dah pasang.
kowtim harga baik punya plus rim aku yg bengkok dah ada yg dah aku repair rim satu masa terjun lobang itu hari.. kiranya hargA plg murahla untuk brg rare mini yg masih baru. owner lama baru pakai beberapa bulan je. luck aku rasanya. tanpa pk panjang aku angkat.
nah..ni hasilnya :
Tuesday, May 29, 2012
Jalan-Jalan Penang : Bukit Bendera
Jumaat lepas, kami sekeluarga pusing Penang dan ke Bukit Bendera. Tiket naik keretapi Bukit Bendera RM 8 ringgit. Agak murah dengan keselesaan train baru yang berhawa dingin.
Sampai kat atas bukit bendera, dengan keadaan Ammar yang buat perangai so kami sewa buggy dengan harga RM30 untuk pusing-pusing di atas Bukit Bendera. Okla. Dengan suasana petang yabg sejuk je. View penang yang menarik. Berbaloila.