Pages

Wednesday, January 25, 2012

Catatan Perjalanan 4.0 : Singgah sebentar di Kuala Terengganu

22 Januari 2012 

Di awal pagi, kami bertolak pulang dari Kuantan ke Kota Bharu. Singgah sebentar di Kuala Terengganu. Nah! Gambar untuk dikongsi.

Ammar dan Mama..
Aksi Ammar Danish 1 tahun 4 bulan
Sebeluk balik, sempat lagi beli Keropok Losong




Published with Blogger-droid v2.0.3

Catatan Perjalanan 3.0 : Gambar Percutian Bukit Gambang Resort City

21 Januari 2012

Kami masuk Bukit Gambang Waterpark. Semua pertama kali masuk. So inilah serba sedikit gambar dan video untuk dikongsi.

Eh! Ammar tolong ambilkan gambar ke?
Naik Tram untuk pergi ke Waterpark
Gelang biru yang bernombor 475 adalh knci loker kami. Sewa dan berbayar. 
Ini pula tempat touch untuk buka loker simpan barang berharga jer.
Ammar sempat lagi nyusu sebelum mandi. Cabana ni pun Sewa.
Sila abaikan bahagian perut yer..hahaha..
Mama n Ammar..Masa ni ombak blum kuat lagi.
Pizza ni free gift. Kalu sewa Cabana dapatle korang piza sebiji n air mineral 2.
Ni adalah gerai makan yang mahal nak mampus. Mau tak mau kena beli gak, sebab lapar.
Gambar kenangan selepas penat bermandi manda.
Ammar Danish...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Catatan Perjalanan Kami 2.0 : Bercuti Bukit Gambang Resort City

20 Januari 2012

Hari yang dinanti selepas membayar pakej 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City. Kami ke sini bersama Zambri sekeluarga, Hadi sekeluarga serta Kayol, Jo Waja Club dan Husin. Kira percutian keluarga Jabatan Peneranganlaaa..

Memandangkan posting ini bersambung dari posting sebelum ini, maka kami sekeluarga sampai dulu. Keluarga lain bertolak dari Kota Bharu. Tiba agak lewat sikit.

Sementara menunggu, kami sempat bawa pusing2 BGRC ni. Nah, ini gambar hari pertama.
Ammar sempat lagi test drive..hahaha...
Sebelum masuk Bukit Gambang Waterpark, Ammar kena ukur dulu. Keputusan LULUS MASUK PERCUMA!!

Gambar dari Lobby sebelum masuk BGRC
Bersambung lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 24, 2012

Catatan Perjalanan Kami

17 Januari 2012

Kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Bangi dari Kota Bharu. Lebih kurang jam 6.30 pagi, kenderaan kami meninggalkan Kedai Mulong, kota Bharu melalui jalan Kuala Krai, terus ke Gua Musang, Bentong dan seterusnya memasuki Gombak hingga sampai ke destinasi Bangi pada jam lebih kurang 3.00 petang.

Di Bangi kami sekeluarga stay di Best View Hotel, Bangi. Rate agak murah. Hotel baru. RM98 nett semalam. Namun aku nasihatkan korang takyah stay sini. Staff hotel ni langsung tak frendly. Service out. Lif takde. Saya kami sekeluarga tinggal ditingkat 3. Ada ke kami minta iron, dia suh turun ambil sendiri. So kesudahannya. Boikot hotel ni.

18 Januari 2012

Disebelah pagi aku ke Putrajaya atas urusan kerja.

Di sebelah malam kami ke mines untuk beli kabel vga ipad aku. Dah lama cari kat Kota Bharu, xjumpa.

19 Januari 2012

Bermula awal pagi lagi kami bertolak ke Kuantan. Destinasi sebenar yang kami tuju adalah Bukit Gambang. Namun pakej yang aku beli bermula 20 Januari 2012. So kami plan bermalam semalam di bandar Kuantan.

Kami tiba di bandar Kuantan lebih kurang jam 2 petang. Pusing2 bandar Kuantan kami ternampak iklan Seasons View Hotel. Harga sama ja dengan hotel best View, namun ternyata aku berpuas hati dengan hotel ni. Kira promote la kat korang jika nk bermalam di kuantan. Nah ni gambar hotel yang di maksudkan. RM98 Nett termasuk breakfast. Plus astro siap movie lagi.
untuk RM98 nett, siap air mineral 2, kopi n tea pun ada.

Posting ini akan bersambung... Kisah seterusnya percutian kami di Bukit Gambang Resort City.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 13, 2012

Meninjau Banjir di Kelantan Melalui Menara Tinjau

Mendengar berita mengenai banjir di Kelantan, maka kami sekeluarga pun mencari alternatif tempat yang tinggi bagi meninjau dengan lebih dekat suasana banjir disini, hari ini.

Dengar berbekalkan bayaran RM1 sorang, maka kami gagahkan kaki untuk naik menara tinjau walaupun hakikatnya gayat dengan angin yang bertiup kencang. Nah! Ini yang dapat share untuk semua.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 8, 2012

Memperkenalkan Pemain Malaysia Termuda : Ammar Danish

NAMA : Ammar Danish Jamil

UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN

POSISI : Penyerang

HOBI : Pantang tengok bola mesti teruja dan menjerit "BALL"

Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, January 7, 2012

Ammar naik Kapal Terbang?

Semalam masa pergi shoping beg mama, Ammar sempat terbang. Masa mula-mula nak terbang macam cuak je muka, skali dah habis je, nak naik second round lagi..haha..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, January 6, 2012

Shoping di Rantau Panjang

Semalam, kami sekeluarga ke Rantau Panjang untuk bershoping membeli baju Ammar Danish & Mama. Dan ini hasilnya untuk dikongsi. Selepas selesai shoping di Rantau Panjang, kami terus ke Kota Bharu. Butik Anakku. Cari Baju Ammar. Kat Rantau Panjang tak banyak pilihan dan kami tak berkenan.
Suasana Rantau Panjang..bolela nak mai lagi..
Ammar get ready nak shoping.
Mama tengah kelabu mata dengan tedy bear..
Baju free gift dari Anakku sempena Raya Cina. Seluar pun dari Anakku. Beli tew...bukan free..heheh..
Baju dan seluar Ammar dari Anakku.
Baju dan seluar dari Anakku, tapi toto yang dipijak Ammar tew dari Rantau Panjang..
Ammar dengan jersi dan bola hasil bershoping di rantau panjang (stokin free gift dari Anakku).


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 4, 2012

MY New Timeline Facebook Profile

Just nak share..Cantik juga penampilan terbaru profile timeline facebook. Aku pun mencuba. Nope bad. Nah... nih hasilnya...
Kepada sesiapa yang berminat nak upgrade ke timeline view profile ni sila klik disini.


Selamat mencuba sesuatu yang baru. Bukan apa, yang lama dah bosan..hehehe....

Tuesday, January 3, 2012

Pengenalan Kami sekeluarga..

Alhamdulillah.. Blog rasmi keluargaku kini telah ku buat. Bukan apa cuma nak share apa yang boleh dikongsi di alam maya ini.


Apapun, nantikan update demi update dari ku.


Tapi sebelum itu, ku perkenalkan ahli keluargaku:

Dari kanan, Norzi Hashida, Ammar Danish dan Jamil

Dan ini pula kisah suatu hari, di hari bahgia kami. 
3 Disember 2009 tarikh keramat ikrar dikota manakala 5&6 majlis bersanding bermula.

Maka pada tanggal 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal  lahirlah Ammar Danish ke dunia...
Inilah kisah kami sekeluarga bertiga. Akan diupdate dari masa ke semasa. Apapun selamat membaca. Jangan lupa share dan komen sama...hehe...
Published with Blogger-droid v2.0.1