Pages

Sunday, February 12, 2012

1 Hari Perjalanan 3 Kali Terbang

13 Februari 2012

Catatan perjalanan yang agak meletihkan. Jam 5.00 pagi dah klua dari rumah menuju ke airport. Dijadualkan hari ini aku akan terbang 3 kali. Tukar2 flight. Baca pun dah letihkan. Terbang naik, turun, naik turun, naik turun. Baru sampai sandakan destinasi yang dituju.


Jika dikira balik, sandakan merupakan destinasi kali ke 2 aku pergi. Namun hari ini agak letih sebab bertukar2 flight. Bermula dengan MH1427 dengan masa penerangan 6.45 pagi dari KB ke KLIA. (semasa blog ini diupdate aku tengah bosan tunggu flight seterusnya dari KLIA ke KK)


Aku selamat tiba di KLIA jam 7.45 pagi. Next flight dari KLIA ke KK, MH2612 jam 9.20 pagi. So tunggulah dalam sejam lebih untuk terbang lagi. Dush! Bosannya. Plus, kena gate ke KK A11. Bapak jauh menapak. Gate hujung dunia. (last sekali, kira paling hujung)


Jam 11.55 pagi aku dijadualkan tiba di KK. Terminal yang biasa aku singgah kalu ke sandakan ini. Di KK nnti aku dijangka akan kebosanan ditahap cipan apabila flight seterusnya ke KK Jam 2.50 petang. Dush! Dush! Hahaha...


Nantikan updated seterusnya....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 11, 2012

Fenomena Luar Biasa : Air Tasik Banding

Semalam masa aku pulang dari kedah ke Kelantan sempat singgah di Hentian Tasik Banding. Masa lebih kurang jam 3.00 petang. Apa aku lihat di sana air pasang hingga melimpahi jeti. Nah korang tengoklah sendiri gambar. Adakah ini fenomena biasa pada bulan Februari? Aku pun xpasti. Maklumlah bukan slalu lalu jalan tasik Banding ni.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, February 10, 2012

My Turnera in Progress

Rumah aku yang naik tiang kayu saja tew. Belum naik dinding. Kawasan tanah yang luas tempat Ammar main nanti. heheh..
Ini rumah bakal jiran aku. Rumah aku yang nampak tiang kayu tercacak tew.
Ni pulak rumah abang Ipar n kakak aku. pun yang naik kayu jer.
Tue hah. Panasnya...
Mesti korang tertanya-tanya kenapa blog aku diberi nama Turnera villa. Sebenarnya, blog ini diberi nama sempena nama rumah yang aku beli di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Rumah teres setingkat corner lot ini dibeli pada harga RM224,000 dengan keluasan tapak 4500 lebih kaki persegi. Manakala keluasan rumah pula adalah 1300 kaki persegi.

Kiranya banyaklah kawasan yang masih kosong. Yerla..  Namapun corner lotkan. Untuk entry kali ni aku nak share rumah aku yang masih dalan proses pembinaan dan dijangka siap Mei 2013.

P/S: abang ipar aku pun ambil corner lot satu. macam dalam gambar. kira double corner lot. Apit kiri dan kanan.

Published with Blogger-droid v2.0.3