kereta yang kami sewa |
Wednesday, September 12, 2012
Percutian ke Kundasang, Sabah 6 - 8 Sept 2012
Pada 6 September lalu, kami sekeluarga berkesempatan untuk melihat dengan mata sendiri Gunung Kinabalu. Bagi mereka yang baru merancang atau bercita-cita untuk ke sana, ini tips aku. Pertamanya rancang perjalanan lebih awal. Contohnya aku merancang untuk ke Kundasang seawal tahun 2012. Tiket flight telah dibeli pada bulan Mac 2012 untuk penerbangan pada bulan September 2012 harganya RM900 untuk 2 dewasa 1 baby. Jika bercuti bersama keluarga yang mempunyai anak kecil macam kami yang membawa Ammar Danish yang berusia 1 tahun 11 bulan ini, dinasihatkan agar menaiki MAS bagi mengelakkan masalah delay dan tersadai di Lapangan Terbang lama.
Seterusnya perancangan jadual perjalanan juga perlu bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Contohnya seperti kami ke sana 3 hari 2 malam. Maka perlu set awal jadual perjalanan anda. Flight dari KLIA perlu diambil pagi dalam kol 8.00 pagi supaya anda sampai KK dalam jam 11.00 pagi. Seterusnya urusan penyewaan kereta. Mudah saja, banyak agensi kereta sewa berlesen dan siap insurance tersedia di lapangan Terbang KK. Unutuk kereta sewa kami mengambil dari agen Hertz Car Rental. Harganya kita okla. Siap insurance. Jika berlaku kemalangan kiranya kita takyah bayar lagi. semua dah masuk dalam harga tew. RM323.30 untuk 2 hari. Minyak diberi penuh, hantar masa pulangkan juga minyak penuh. Mudahkan.
Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak perjalanan 95 km. Perjalanan melalui kawasan gunung yang berbukit dan mencabar. Banyak lori yang dipandu perlahan dan terdapat kawasan yang berkabus. Jesteru, perlu perancangan teliti perjalanan anda.
Tiba di Kundasang kami stay di Mount Kinabalu Heritage and Spa. Aku beli melalui online di web agoda dengan harga RM180.00 semalaman. Selesa juga tempat Chalet.
Antara tempat menarik yang sempat kami lawati dan kos yang perlu dibayar adalah :
1) Kinabalu Park kos RM3.00 seorang
2) Sg. Luanti, Ranau kos RM3.00 seorang
3) Ladang Tenusu Mesilau kos RM3.00 seorang
4) Hot Spring Poring, Ranau kos (akan diupdate-lupa)
5) Ladang Teh Sabah free masuk
6) upsidedownhouse di Tamparuli kos RM10.00 seorang
Tuesday, September 4, 2012
Singgah Sebentar i-city
dah alang-alang sampai shah alam rasanya tak lengkap kalu tak singgah i-city. kena rm10 je utk parking.. blela jamu mata ngan lampu. dulu dah mai sekali masa baru buka.. tapi aku nu jenis manusia tak suka jem n org ramai so cancel. nih kali ke2 pi baru la senang msk. org tak ramai..mudah parking.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Mini ker Alza?
Dek kerana nk rotate tyre jer aku tukar terus rim. haha... geram dah lama ushar myvi pakai kasut sukan mini ni. Alza pun rasanya dah ada yg dah pasang.
kowtim harga baik punya plus rim aku yg bengkok dah ada yg dah aku repair rim satu masa terjun lobang itu hari.. kiranya hargA plg murahla untuk brg rare mini yg masih baru. owner lama baru pakai beberapa bulan je. luck aku rasanya. tanpa pk panjang aku angkat.
nah..ni hasilnya :
Published with Blogger-droid v2.0.9
Subscribe to:
Posts (Atom)